Monday, April 04, 2011

New World in PEACE


Agak memalukan bila perlakuan tanpa sedar kita "ditangkap" oleh lensa kamera.Namun itulah hakikat bila ingin menceburi satu bidang baru yang hanya bersandar pada minat dan sedikit ilmu.

DSLR CAMERA

Sudah menjadi satu trend atau mungkin juga satu fenomena dalam kalangan muda-mudi hari ini (2011) untuk memiliki sebuah alat mengambil gambar bernama DSLR CAMERA.Berjalanlah di mana-mana kompleks membeli-belah,anda akan dapati tidak kurang daripada 10 orang yang memegang DSLR.Aku...turut sama dalam mengikuti fenomena ini.Bukan niat ingin menunjuk-nunjuk bahawa aku juga ada DSLR namun sekadar perkongsian untuk sama-sama kita berfikir sejauh mana perjalanan kita bersamanya.

HOSPITALITI & FOTOGRAFI

Dua dunia yang boleh diibaratkan seperti asam dan garam.Walaupun asam berada di darat manakala garam berada di laut namun bila bertemu,mereka bisa menjadikan "gulai" anda lebih sedap dari biasa.Empat tahun di universiti,menelaah buku dan journal Hospitaliti, namun bila takdir menentukan aku bersama Fotografi,ianya pasti mempunyai sesuatu hikmah yang kita sendiri tak pernah terfikir.Ada yang mengatakan Hospitaliti & Fotografi adalah dunia yang berbeza tetapi tidak sekali-kali bagiku.Persamaan yang paling jelas ialah seni.

JURUGAMBAR

Orang kampung aku memanggil JURUGAMBAR sebagai "kameromeng". Ramai orang beranggapan bahawa mengambil gambar adalah sesuatu yang paling senang.Hujahnya; "oloohh...budok pong reti bo ko nok teke mmetik gtu jah..." namun hakikatnya,menjadi seorang jurugambar tidak semudah disangka.Segala perjalanan sesuatu majlis atau acara,seorang jurugambar mesti melakukan "pre-visualization" bagi mengelakkan detik-detik bermakna semasa majlis berlangsung,terlepas begitu sahaja walaupun ianya cuma seeekor cicak yang jatuh di atas kek pengantin.

Aku harap DUNIA BARU ini benar-benar dapat memberi ketenangan dalam kehidupanku walaupun aku baru sahaja belajar bertatih...

Selamat Bergambar semua...

0 comments: