Salam sejahtera buat semua pembaca blog.
Episod kali ni PEACE nak kongsi sikit pasal Hospitaliti.Ramai orang keliru bila sebut pasal hospitaliti.Jurusan ni bila dh grad kerja kat hospital ke?Fuh,bestnya...mcm doktor plak.Eh, mungkin kerja bahagian pengurusan hospital kot.Nak atur pesakit kat wad,handle keta ambulans, urus ubat-ubatan & mcm2 lagi la kot.Wow,bleh tahan jugak ek...(tersenyum sorang diri).
Sebenarnya,Hospitaliti adalah celupan daripada Bahasa Inggeris iaitu Hospitality.Bahasa Inggeris pulak mengambilnya daripada Bahasa Perancis iaitu Hospice.
Dalam B.Inggeris Hospitality bermaksud layanan baik atau ketamuan atau keraian*. Maksud yang lebih terperinci ialah "entertaining guest with courtesy and warmth" yang bermaksud menyambut tetamu dengan budi bahasa dan kemesraan.Banyak buku terbitan Wiley & Sons daripada USA boleh dirujuk untuk mengetahui maksud yang lebih mendalam.
Dengan kata lain, hospitaliti adalah sesuatu yang berkaitan dengan layanan kepada tetamu.Ianya termasuklah tempat tinggal,makanan,infrastruktur dan pelbagai lagi.Secara mudahnya hospitaliti adalah apa juga yang berkaitan dengan 'service'(perkhidmatan).
Satu perkara yang mesti diketahui umum ialah service adalah sesuatu yang perishable(mudah rosak@mudah pecah).Oleh kerana service adalah sesuatu yang virtual(tak nampak) maka ianya perlu dijaga & dikawalselia dengan baik untuk mempastikan bisness yang dijalankan dapat terus bertahan lama.Boleh dikatakan setiap hari manusia akan terlibat dengan hospitaliti sama ada secara langsung atau tidak.Sebagai contoh yang paling mudah,apabila ada seseorang datang kerumah kita,kita akan melayan tetamu tersebut sebaik mungkin supaya dia tidak akan mengatakan bahawa kita seorang yang tak reti berbudi bahasa.
Dalam konteks yang lebih besar,hospitaliti banyak diaplikasikan dalam hotel,motel, resort,restoran dan homestay.Hospitaliti juga sebenarnya terlibat dalam bidang2 pendidikan iaitu di asrama ataupun kolej kediaman universiti.Selain itu, golongan tentera,hospital,kem-kem latihan & pejabat kerajaan juga terlibat secara tidak langsung.Pendek kata,di mana ada manusia yang perlukan makanan,di situlah hospitaliti akan ada.Bermula dari dasar laut hingga ke langit dan planet2 yang manusia teroka,semuanya perlu kepada makanan dan hospitaliti memainkan peranannya tersendiri.
Jika didalami ilmu berkaitan hospitaliti ianya dipecahkan kepada beberapa bahagian iaitu persiapan tempat tinggal & persiapan makanan.Boleh lagi dipecahkan iaitu dalam bahagian makanan adanya tukang masak(chef),tukang hidang(server) dan tukang cuci(steward).Ini mengikut kronologi dalam sesebuah hotel dan restoran.
Biasanya di bahagian dapur & restoen dalam hotel akan ada seorang yang menjadi pengurus bahagian iaitu Food & Beverage Manager(FnB Mngr).Kemudian akan dipecahkan kepada 2 bahagian yang besar iaitu Kitchen & Restaurant.Dalam kitchen akan ada pelbagai jawatan yang boleh dijadikan prospek kerja bermula daripada kitchen helper hinggalah Executive Chef.Dalam restoran plak adanya jawatan seperti steward hinggalah server.
Banyak lagi pecahan yang terdapat dalam bidang ni sebenarnya.PEACE hanya ceritakan 1 bahagian sahaja kat sini.Lain kali PEACE sambung lagi.Jadi kepada yang berminat bolehlah nak kongsi pengetahuan dengan PEACE.
Inilah sebahagian kecil daripada salah satu cabang hospitaliti.Jika dapat sambung belajar dalam bidang ni,janganlah berasa pelik ataupun keliru kerana ianya tiada kaitan pun dengan medical dan bidang amat luas prospek kerjanya pada masa sekarang.
1 comments:
syukran ya...skrg bru faham..dulu pun igt tu keje bhg hospital(~.^)
Post a Comment